maLAr deNGan kasUT bOLa nya ....


smalam gaduh psal ksut bola.....poYo la...mcm berat pnya kes.... sbenarnya......aku tgah marah ni kt dia....apa tk nya...ksut bola pla nk dblnjakn.. dlu joran...now???why la mcm ni .... bkan aku nk mrah sgat la..sb tu duit dia..tp npa dia tk fkir?? wooiiii...aku pnat la....mlas nk mkir... dr ko saja la... (bla marah....ksar aku kuar...:P)

aku miMpi uLar


seLamat mUnink peeps!! barU je bngUn ...lmbat skit cz penat pLa... Post kali ini aku nak ceritakan sedikit tentang tafsiran mimpi mengenai ular.... hehheee.... barU je jap td mmpi ular... alamakkk ngerinya aku...takut sgat2.... bgUn2 je trUs cari kt mR. googLe... n cari pNya cari... last2 akU jUmpa ni ...ntah la p myB kot.... Tafsiran mimpi mengenai ular : -Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup. -Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga. -Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda. -Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan. -Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat. Wah..terkejut juga bila tengok tafsiran mimpi ni..ingatkan petanda buruk.kalau petanda buruk,aku akan cuba meyakinkan diri yang mimpi hanya mainan tidur..haha..rupa-rupanya ada kaitan tentang pasangan hidup.banyak buku tafsiran yang tulis akan dapat pasangan yang baik dan pasangan kita tu dah ada depan mata.lagi bertambah gembira la hidup aku. Pastu aku pun terfikir semula pasal tafsiran sebenar tu. Siapa la tak gembira kalau dapat pasangan yang baik kan, tapi layak ke aku kalau dapat pasangan yang solehah. Cerita yang aku kongsikan kat atas ni bukan isu utama yang aku ingin huraikan. Teringat pada ungkapan yang sering kudengar. "Tidak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman,tidak perlu seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar,mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha,mengapa di damba teman hidup sehebat Khadijah andai diri tidak sesempurna Rasulullah s.a.w". Tersentak aku seketika. Kegembiraan aku tadi akhirnya membawa aku menelusuri segenap hati aku untuk mencari kembali dan menilai diri aku dengan cermin keikhlasan diri. Layakkah aku untuk mengharapkan sesuatu yang indah,sesuatu yang aku harapkan dari seorang insan yang telah ditakdirkan untuk aku di Luh Mahfuz lagi?sedangkan aku sendiri tidak pasti adakah aku layak selayak Nabi Sulaiman untuk Balqis?Selayak Ibrahim untuk Hajar,seteguh Yusuf untuk Zulaikha dan sesempurna Rasulullah s.a.w untuk Khadijah? "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat,laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula,perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik,laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan,untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."-Surah An-nur, ayat 26. Tiada siapa pun di dunia ini yang tidak mahu pasangannya seorang yang soleh/solehah. Sedangkan "perompak" pun menginginkan seorang isteri yang solehah. Tapi adakah cukup layak kita untuk mengikat janji sehidup semati bersaksikan Yang Maha Esa dengan pasangan impian kita berbekalkan apa yang kita ada sekarang?Untuk membina sebuah mahligai kehidupan tidak semudah yang kita fikirkan. Buat kaum Adam, andalah yang akan memimpin bahtera kehidupan keluarga bersama-sama dalam menempuh kehidupan dengan aman sejahtera di dunia dan di akhirat. Oleh itu,perlengkapkanlah diri dengan segala ilmu sebagai seorang pemimpin.Sekian. “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.” (an-Nisa’ 4: 34) Wallahualam. (p/s:kesimpulannya, basuh kaki sebelum tidur...hhuhuuu)