saLah siApa?




apa salah ku..kau buat ku begini
dalam dilema.......
(malas mau sambung ni lirik lagu...sakit betul hati ku..)

terAsa lama sudah tidak meng "update" blog ni, mungkin terlalu sibuk... sibuk dengan kerja yang banyak n menimbun.. sibuk dengan " perniAgaan Internet "...wahhh semakin canggih hidup kita skrg kn...tp yg pling tk dpat dilupakan... masalah yang melanda diri ini ...

Hatiku terluka lagi... ya terluka lagi dengan perbuatanmu.. setelah kita melayari kebahagian yang sangat panjang, dikau mengkhianati hubungan kita, walaupun ini bukanlah kali pertama yang ku lalui, tapi ia meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diriku ini.. tatkala kita sudah merancang masa depan dan hari bahagia kita, dikau telah menyakiti hati ini... segala pembohongan mu tidak dapat ku terima, dan terlalu perit untuk ku telan..

Terima kasih diatas kesakitan n kepedihan yang dikau tinggalkan.. berjuta kali ku bertanya apakah salah yang telah ku lakukan dalam hubungan kita... jawapannya ku tidak bersalah.. jika itu jawapannya mengapa dikau memilih dia.. apa lebihnya dia daripada ku? jawapanmu mudah.. ini adalah kelemahan mu sebagai lelaki.. mudah sungguh jawapan mu sayang...

Terima kasih juga kepada wanita yang telah merampas teman hidup yang bakal menemani ku pada masa hadapan.. ucapanku kepada mu.. kamu akan merasa apa yang ku rasa ketika ini.. kerana dia tidak pernah berubah n tak akan berubah... sukar untuk ku lupakan segala perbuatanmu wahai wanita perampas.. tidak ku sangka sanggup kau melukakan hati wanita lain seperti ku.. perbuatan kamu tidak akan ku maafkan sekali-kali. Jika aku ada melukakan hatimu mengapa tidak berterus terang.. tapi sepanjang hubungan kita hanya aku sahaja yang berusaha menjaga hatimu agar tidak terluka...

Amat sukar untuk aku lupakan mu sayang, segala kenangan dan memori indah sewaktu kita bersama tidak dapat ku lupakan. Masakan tidak..kerana dikaulah yang membantuku ketika aku kehilangan semangat untuk teruskan hidup.. Dikau jugalah yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepadaku.. namun dikau tewas jua kepada wanita lain... dan hebat sungguh sandiwaramu

Walau apa pun yang terjadi, ku harus teruskan hidup ini, kerana masih banyak yang belum ku lakukan.. ya memang benar hatiku ini sakit n kadangkala ingin saja aku membenci manusia yang bernama lelaki.. tapi mungkin ini ada hikmahnya dikau bukan untukku.. mungkin Tuhan telah membuka mata ku ini untuk menyedari dari awal supaya aku tidak kecewa setelah kita melayari hidup berdua bersama nanti... Semoga ada sinar bahagia untuk diri ini...