hARIMAU MALAYA MENGAUM SAAT TUMBANGKAN LAOS



Mungkin agak lambat entri ini ditulis kerana masalah line wifi yang masih belum selesai lagi menyebabkan saya tidak dapat online di rumah. Walaubagaimanapun sebagai salah seorang penyokong skuad Harimau Malaya saya ingin memberi sedikit ulasan amatur tentang perlawanan tersebut.


Umum sudah mengetahui tentang keputusan perlawanan yang memihak kepada pasukan Malaysia namun perjalanan masih jauh. Perlawanan pada malam Sabtu nanti menentang jiran amat penting. Hanya kemenangan sahaja yang mampu mengesahkan pasukan Harimau Malaya untuk ke peringkat separuh akhir sekaligus mendekatkan lagi peluang untuk mempertahankan kejuaran Piala AFF yang dimenangi 2 tahun yang lalu.

Berbalik kepada tajuk diatas, ada beberapa perkara yang ingin saya ulaskan mengenai perlawanan kedua Piala AFF 2012 antara Malaysia dengan Laos seperti berikut :-

1. Pertukaran pemain utama dimana Bunyamin Omar, Amar Rohidan, Khyril Muhyemen dan Khairul Fahmi Che Mat dengan Mahali Jasuli, Shakir Shaari, Wan Zack Haikal dan Farizal Marlias memberi hasil yang baik. Mungkin kesan kemasukan Farizal Marlias kurang impak kerana tidak banyak percubaan dari pasukan Laos tapi persembahan Mahali, Wan Zack dan Shakir cukup berkesan sekaligus mengubah corak persembahan skuad Harimau Malaya. Gandingan baik Mahali dan Wan Zack melakukan serangan serta sama-sama bertahan menunjukkan betapa persefahaman antara mereka cukup baik. Wan Zack berjaya menjaringkan gol dan juga memberikan peluang gol kepada Safee Sali untuk gol kedua Malaysia. Permainan Mahali juga dapat membantu jentera serangan di bahagian kanan yang menjadi nadi penting pasukan negara pada perlawanan malam ini.
Bagi Shakir Shaari yang menggantikan Amar Rohidan, persembahan mengawal jentera tengah cukup teratur dan berdisplin. Walaupun tidak banyak membantu bahagian serangan tapi pemain tengah bertahan ini bijak menganggu barisan permainan midfield Laos yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Beliau juga banyak menutup ruang serta mempunyai komunikasi yang baik dengan Safiq Rahim.
2. Pemain utama juga bermain baik. Cuma mungkin Azmi Muslim yang bermain sebagai pertahanan kiri agak kurang menjadi. Ramai juga yang mengkritik Safee Sali yang melepaskan peluang terhidang tapi secara peribadi saya tetap merasakan beliau bermain baik. Cuma mungkin tekanan sehingga beliau terlalu cepat melakukan rembatan yang terlepas dari sasaran atau lemah. Persembahan Nor Shahrul Idlan Talaha boleh dikatakan semakin baik dan bijak.


3. Padang di Stadium Bukit Jalil yang agak teruk. Terdapat beberapa situasi dimana terdapat pemain merasakan kurang selesa dengan padang ini. Kalau tengok dari tv pun nampak beberapa kawasan yang agak teruk. Mungkin ini akibatnya apabila stadium ini kerap digunakan untuk persembahan hiburan. Oooo, ada dengan cerita yang Safee Sali juga menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap padang ni..
4. Pengadil yang sering suka meniup wisel. Kalau tengok game malam tu, memang banyak pengadil memberhentikan perlawanan. Nasib baik ia tidak menganggu persembahan pemain negara.
5. Apabila pasukan Laos menyamakan keadaan, memang terdapat rasa negatif dihati ini. Kalau tengok kat Facebook, Twitter, ramai yang mula gusar tentang persembahan pada hujung babak pertama dan awal babak kedua. Namun pemain skuad negara dapat mengawal keadaan dan tidak gelabah.
6. Pemain tengah kali ini memang berfungsi dengan baik sekali. Saya memang salute Shakir Shaari sebagai antara bintang yang tak mendapat tempat(‘unsong hero’). Walaupun barisan serangan banyak melepaskan peluang namun displin dan persembahan beliau memang banyak membantu mengerakkan jentera tengah. Kalau tengok game malam ni, Safiq banyak juga melakukan hantaran yang tidak tepat namun Shakir Shaari mampu mempertahankan kubu tengah. Sebab tu, kalau diperhatikan pemain Laos memang tidak berjaya untuk menembusi barisan pertahanan Malaysia.
7. Permainan pada malam ini lebih agresif berbanding ketika menentang Singapura dimana barisan tengah Laos tidak diberi peluang menyerang. Cuma masih lemah bila rakan membawa bola dimana tiada bantuan rapat dari rakan sepasukan.
8. Penyokong di stadium berkurangan berbanding ketika menentang Singapura. Mungkin disebabkan perlawanan pada hari bekerja. Mungkin ia akan berkali ganda ketika perlawanan menentang Indonesia nanti. Jangan penyokong Indonesia lebih banyak pula.
9. Sepakan percuma memang menjadi senjata utama Safiq Rahim. Memang satu jaringan yang hebat dan kelas dari pemain yang akan bermain untuk Johor pada musim hadapan. Cuma diharapkan beliau memperbaiki persembahan di padang melalui hantaran dan jaringan padang.


Sumber Gambar : FB Team Malaysia

Okay, cukuplah setakat ini ulasan. Walaupun gembira dan berpuas hati dengan keputusan ini namun masih banyak yang perlu dilakukan. Untuk perlawanan menentang Indonesia, saya menjangkakan formasi dan barisan kesebelasan utama tidak perlu perubahan cuma mungkin Azmi Muslim patut direhatkan. Semoga persembahan barisan negara akan terus meningkat dan mampu mengalahkan jiran setempat Indonesia di Bukit Jalil pada malam Sabtu ini nanti..

Sekian.