malam raya


urmmmm... berlalu lh sudah Ramadhan...sbulan berpuasa...hehhehee sMngat raya ni tp yg buat aku kcewa bila baju raya tk siap2 djhit mnik...adesssssss!!! Nsib bdan lh..apa leh buat kn..klau nk smpurna thun dpan kna rjin2 bljar mjahit..hehehe....ambik krusus mjahit luan...bru lh..hahaha...jap2...mau p bfrt dlu...bli brng...mulih krg aku smbung lg....papaiiiiiiii!!!!!!!

motivasi pagi ...skhir2 ramadhan


hidup kdang2 ade pasang surut.. x semua kita nk, kita akan dapat.. dan x semua yg kite x nak, kite x dapat.. walau mcm mane pon.. yg penting kita kena kuatkan semngat.. mungkin kadang2 atau kerap kita akn moody tpi kehidupan harus diteruskan ketawa, sedih, muram, menangis itu semua peneman dalam hidup jgn takot hadapi kenyataan jika x mampu lakukan sebaliknye cuba untuk lakukan nye kerana pengalaman itu mengajar seseornag erti kehidupan yg sebenar kesalahan dan kesilapan adalah kayu pengukur supaya mencuba lebih baek d masa akan dtg jgn memandang rendah pada keupayaan diri sendiri kerana setiap manusia mempunyai kelebihan yg tersendiri hanya diri mereka yg tahu kelebihan dan bakat yang adaaa tepuk dada..tanye selera..

menghitung hari raya


terasa mcm bru smLam kta start puasa ari dh msuk ari ke 26..adesssss!!!! japnya...tp ok jga la sb tk lma lg nk raya dh kn.....yeppii!!!!! saya SUKA...SAYA SUKA....heheheheee(versi Mei2..upiN&ipin) ari ni smngat bNgut...tk pyah kna kjutkn....jm7 dh bgun...kemas2 rumah....n ari ni AKU DAPAT TELEFON BARU.........bf kasi adiah..hehehhehe...syg mr.nananz.....hahhaaa ati pon snang cz bdak2 kehel dah blik cma lum smpai kg..Insyaallah mlm krg tjmpa lh tu.....heheheheeeeee....... lpas kemas2 rumah prepre nk p kk wif my family...mau suping..tp suping skit2 je cz mau p kehel nti bru brabis suping.....huhuuuuuuuuu dah la...nti2 aku cntniueeeeee....mau pnjat tngga,,,cat rumah..heheheheheeee

rindu ...tahap gaban sudah ni...


18hb 6 2011 ni ari sya trasa rndu dgn si ayg...kjutan smlm wt aq btul2 tknk dtnggalkan.... msing2 dah rsau tntng msa dpa... Ya Allah...berikan lah kami pekerjaan yg muli agar kami bisa menghalalkan apa yg tlah Engkau jnji kn.....amin Ya ARbul Alamin.... b'ulang kali kami brdooa....doa kami tk pernah trputus...smoga Allah membantu kmi...ssungguhnya kami amat mmerlukan antra lain...aku dah bsedia 100% ha skrg ni...ayg pn...cMa blum ada rzeki utk kmi lg..... urmmmmmmmmmm....mgeluh pn tk gna kn...berserah sja la.... mlm ni si ayg p kk lg...waaaaaaa...rndu bngat ma dia...tk tau la npa....

cari jodoh ...


"pengumuman2 siapa yg mahu bantu aku tolong aku kasihani aku...tolong carikan diri ku kekasih hati ku siapa yg mahu..... perggghhhh!!!...apa sl lh aku ni..heheeee....sun title puN leh kasi cari my hubby ni kLau dia bca...ari ni dh msuk Ramadhan yg ke15...Alhamdulillah ke atas Ilahi cz bg ksmptan utk aku mrasa Ramadhan kali ini...hehehee....cm lyrik lgu je ni..huhuhuhuh..tp btul lh...jp je msa ni blalu kn???mcm tk pcya dh 15 ari kta puasa kn???hehhee..tp updtes aku kali ni bkan tntang puasa...tp tntang insan yg pling aku syang n ksihi...tk lain tk bkan dia lh my hero MR.ICIK..hehehehe Ramadhan kali ni sjuk skit ati sb tk mcam thun2 lalu....rngan kaki nya d Masjid btarawih n btadarus....tk pyah2 aku mnta dia p....hehhehe... lalu ati ku bdnyut mmikirkan mgenai dri ini...... cari lah org yg mampu mjadi seorang ayah yg baik kpd anak2 mu.... cari lah sorang suami yg boleh memimpin tngan mu mnuju ke Syurga... cari lah seorang yg boleh mnjadi imam mu... cari lah sorng yg boleh mjadi anak kpda bapa kndung mu... cari lah sorg yg boleh mjadi adk bradik kpda adk2 mu... serta cari lah sorang yg mampu mnyediakan Syurga buat mu..... heheee......tp ni lh pnduan utk ku...stkat ni Alhamdulillah...aku bsyukur sgat2...ya la....dpt btemu dgan dia......Love n Miss u My Beloved Ayang...

mustahilkah untuk berubah ..?


salam alaikk.. entry kali ini dipetik dari artikel iluvislam yang sangat memujuk hati..harap semua yang membaca pon boleh rasa perasaan yang sama.jangan takot untuk berubah.tayah pikiaq banyak-banyak..mulakan. BERUBAH??? Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil. Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah). Tiba-tiba terfikir satu persoalan. Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif? Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan? "Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37 "Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62 Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak. Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya? Pastinya yang lebih baik. Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan. Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia: "Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!" "Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya" Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya. Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri. Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini. "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2 Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu? Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya. Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu. Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah. Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur. "Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..."

nukilan ku seorang wanita


Ujar lelaki, wanita itu lemah Ujar wanita, mereka adalah lembut Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya Namun ada yang tidak rela mengakuinya Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita Tidak gemar perbalahan..kecuali jika terpaksa Lalu wanita pun diam diam seolah-olah menerima... Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari Hingga jarum jam tegak bertindih jari Lelaki yang mengaku kuat ...celik mata sarapan sudah terhidang Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan tv tidak bergerak Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak Berehat,menonton tv sambil tergelak Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu Sebelum solat Magrib untuk sujud... menyembah yang Satu Makanan dihidang selepas solat Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji Sedang suami tersadar semula seperti tadi Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan Lelaki terpelajar celik hati... ingin menghapuskan diskriminasi Lantang membela nasib wanita....memberi kesedaran supaya segera bangkit Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi Hukum agama telah terpapar Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak Membasuh pakaian,menyediakan makanan Jika suami tidak terdaya melakukannya Seorang pembantu wajar disediakan Lelaki yang hanyut dalam keasyikan Tidak mampu menerima perubahan Rela bertahan bagaimana jua Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati Dalam diam Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan cik nAnanz: jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita,,yeehaaaa,,,

lagi tentang ... ketika cinta bertasbih


OKI SETIANA DEWI.....a.k.a Anna Althafunnisa.... mgila dh aku ni ngan ceta ni..hehheheheheehee...best sgat...kali prtama aku tgok si Ana ni sblum puasa tu lg...msa tu ada la ceta ni main....hehee..trus aku jd terpikat ngan wtak n prwatakan...so cute...so ayu...so srba serbi lh..hihuuuuhuu...seee....len2 dh aku ni....p btul lh....bru 2 mnit lpas ni aku sent pic c ana ni kt my hubby....my hubby ckap lwa la....aku pn apa lg..ckp kt dia yg aku nk jd mcm tu.....nk jd ayu????abis la ni...bdmtn n ftsal dh tolak ktepi lah ni...pndpat anda????tp stkat men bdmtn dpan rumah ni ok lg kn...tp ftsal???ala bru rncang nk men lpas puasa ni...tp klau dh mcm c ana??????kNa pkai tdung kali men???tp sma jga tk jd ayu???alamakk!!!!! blink2 mu mind..hehehee...tp myb nk STOP trus lh...hrap2 lh dpt buat b4 01.12.2011 ni....td dh mnta si hubby doa2kn spya dpt jd mcm tu....

madah kehidupan


hidup ini umpama roda.. kadang kita di atas.. kadangkala kita di bawah... bila kita dibawah, kita kena selalu pandang ke atas.. untuk kita berusaha untuk naik ke atas... dan bila kita di atas, jangan kita lupa pandang ke bawah.. agar kita sedar di mana letaknya diri kita.. dari mana asal usul kita.. agar kita tak lupa pada insan yang ada di bawah.. untuk kita bantu mereka agar bersama-sama kita meniti saat manis bersama bila kita di puncak kejayaan... dalam kita menempuh kehidupan hari ini dan hari-hari mendatang, kita tak kan lepas dari di uji..ada sahaja onak dan duri yang akan kita tempuhi...hidup ini tak indah andainya kemanisan sahaja yang mewarnainya...sebab, mungkin ada yang jadi lupa diri, lupa daratan, meninggi diri & berbangga dengan apa yang ada..tapi, kemanisan yang berselang seli dengan kepahitan akan mengajar kita erti syukur....dan belajar erti menghargai.... hari ini kita berteman........ hari esok kita keseoragan...... hari ini kita gembira... hari esok kita terluka........ hari ini kita bertemu.... esok kita berpisah........ kita kesepian & kesunyian....... ~kesepian& kesunyian itu kadangkala indah kadangkala membosankan.. tapi.. kesepian mengajar kita menghargai detik manis yang telah berlalu dalam hidup kita~ kita menangis..... ******************************************************* ~adakalanyadalam hidup ini kita perlu menangis agar kita sedarhidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa.... dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata... kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari....~ ******************************************************* sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA... sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN... sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi... sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI... ****************************************************** dalam jauh sebuah perjalanan, ALLAH amanahkan sebuah perjuangan.. terimalah dengan kekuatan... terkadang sakit yang mendatang.. terkadang teman tak sehaluan.. terkadang cemerlang tak kesampaian.. namun.. kita perlu gah di sisi ALLAH untuk meneruskan perjuangan.. ******************************************************* apabila aku kesepian hiburlah aku dengan suaramu... apabila aku sakit ubati aku dengan rasa kasih sayangmu.. apabila aku mati, jangan mandikan aku dengan air matamu.. apabila aku terkubur, kuburkan aku dihatimu... bila aku tersesat, selamatkanlah aku dengan doamu.. ********************************************************** hidup ini susah untuk diduga.. kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang.. tapi sebenarnya jauh.... walaupun kita dapat capai & genggam tangannya, tapi belum tentu hati dia dapat kita selami.. mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa.. tapi kita tak tahu apa di sebalik senyumannya... bila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya.. walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai... rencah dunia... kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan.. sehinggalah sampai masa kita jatuh.. adakah tangan itu menghulurkan bantuan ?? atau kita ditinggalkan.....??? ************************************************************ mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa... mengenali seseorang itu kadang-kadang membuat kita mengalir air mata... sesungguhnya... mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah , sedih, gembira, sayang & rindu... tapi sedarkah kita ?? mengenali seseorang itu adalah satu anugerah biarpun hadir nya cuma seketika.... *********************************************************** dalam hidup kita, TUHAN akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang... tapi hanya sekali.... sekiranya kita leka kita akan kehilangannya buat selamanya.... tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan tak pernah cuba untuk menghargai kehadirannya... mungkin setelah segalanya berlalu baru kita mula sedar dan mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya untuk selamanya.... *********************************************************** kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita tak peduli sayang sangat kat kita.. kadang-kadang kita tak sedar, kita terlampau sayang kat orang, sedangkan dia selalu sakitkan hati kita.. ************************************************************** ku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar ia berikan kaktus yang berduri.. ku minta pula kupu-kupu ia berikan ulat.. ku sungguh kecewa dan bersedih.. namun tak lama kemudian... kaktus itu berbunga indah sekali.. dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..... kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir & kilat... kita bersedih dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya matahari.. rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang sungguh indah..... begitulah ALLAH mengasihi kita...kadang-kadang ALLAH tak berikan kepada kita apa yang kita nak kerana ada yang lebih baik untuk kita...

untuk tetapan mata...


seksanya terseksa..rasa hati terhiris pilu..jiwa memberontak..perasaan berkecamuk...kadangkala membuatkan ku terfikir, kenapa hidup ini begini? kenapa dugaan yang sebegini besar hadir dalam hidupku sedangkan aku hanya insan yang tersangat lemah.. aku mencari segala kekuatan aku.. tapi, aku tak jumpa..aku tunduk pada kelemahan aku sendiri. aku tak cuba melawan kelamahan aku.. aku berserah.. betapa kerdilnya diri aku.. aku mencari-cari sinar..tapi segalanya samar... apakah aku tersilap langkah? adakah segala pintu kebabahagiaan sudah tertutup untuk ku? atau adakah aku yang tidak tahu mencarinya pada jalan yang betul? aku terduduk sendirian.. menangisi dan terus mencari, apa silap aku? aku berjalan lagi.. menyusuri perjalanan ini.. namun, ku hampa..aku kecewa.. kepahitan telah menanti aku sedangkan aku mencari kemanisan.. aku jatuh lagi.. aku mengeluh lagi.. kenapa?? kenapa aku??? kenapa..... dalam keluhan hatiku terdetik, di manakah letaknya kemanisan? adakah segala kepahitan ini aku terbalas dengan kemanisan suatu masa nanti? bilakah saat kemanisan yang paling indah akan hadir dalam hidupku....??? aku terduduk sendirian..sudah penat diri ini mengembara mencari kebahagiaan. mencari ketenangan.. mencari kedamaian.. mencari kemanisan... namun, kehampaan yang menjalar diri..aku hampir tersungkur..aku hampir rebah...kaki ku terasa bagai tiada daya lagi untuk aku bangun melangkah..hingga pernah buat aku terfikir, biarlah aku di sini.. biarkan aku sendirian melayari penderitaan... pergilah kau kebahagiaan..pergilah engkau kemanisan.. pergilah jauh dariku... aku tak berdaya mencari dan menantimu... namun... di saat aku kepenatan, ada insan yang menghulurkan tangan.. memimpin aku mencari jalan keluar.. dia menyedarkan aku betapa hidup ini sentiasa berselang seli antara kemanisan dan kepahitan.. memberikan kata-kata semanat pada aku... memberikan segala kekuatan padaku.. memberikan satu pelukan untuk aku.. aku menyesali diri...mengapa aku tewas dengan dugaan sekecil ini? mengapa kita goyah sedangkan ALLAH itu wujud.. ALLAH sentiasa ada bersama kita.. Pohonlah kepada-Nya.. Dia lah Yang Maha Mnegasihani.. pada Dia lah letaknya KEBAHAGIAAN yang sebenar.. carilah Dia saat kita buntu.. insyaALLAH, kita tidak akan tersesat... "ketika kau goyah kau harus kuat, kerana kau pembawa agama.. ketika kau terluka kau harus tabah, kerana kau mujahid muda... ketika kau gundah Tuhanmu ada untuk kauluahkan segalanya....." "ketenangan lahir dari kekuatan hati menempuh dugaan.. kekuatan hati lahir dari kesabaran menyusuri ranjau kehidupan.. kesabaran lahir dari keimanan dan ketaqwaan pada keEsaan Allah s.w.t.. Fitrah insani adakala gagal mengawal diri namun, kembalilah pada Penciptamu... percaya Dia sentiasa bersamamu.. dan hadapilah hari mendatang penuh ketenangan mengharap rahmat dan kasih sayang sejati Allah s.w.t.. hidup memang penuh dugaan.. tabahlah menghadapinya..." "Jika ada masalah, tunduklah pada kebesaran ALLAH.. sujudlah menghadap ILAHI.. tangiskanlah pada YA RABBUL ALAMIN.. luahkanlah segala kesakitan yang sementara di fana ini hanya pada ALLAH ARRAHMAN ARRAHIM di kala malam yang sunyi.... sesungguhnya di kala itu suatu perasaan indah yang tak terungkapkan menyelinap di kalbu.. yang pasti hanya pada-Nya YA RABBUL ALAMIN..." "bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.. bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu.. bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, ALLAH setia disisimu... bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaiannya.. bila tak ada yang beerti buatmu, keliru dan kecewa, ALLAH adalah jawapannya...." "sebuah musibah akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyingkapnya dengan syukur, sabar dan tawakkal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian..."

madah terindah


Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu. Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan – walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu. Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti. Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya. Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana Cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.. Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan... Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi.. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia, Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu… Sekiranya cinta kamu tidak bersatu dengannya, jangan sesekali melukai perasaannya dengan kata-kata yang kasar, kenangilah saat-saat indah percintaan yang pernah dilalui kerana `tidak semua percintaan berakhir dengan perkahwinan’ itulah ketentuan takdir walaupun ianya pahit sebagai hambaNya harus kita terima dengan penuh keredhaan dan kesabaran…

h. u . m. a . n.ity


Alhamdulillah..kita sambut 1 Syawal. meriah kan ?? konpem meriah punya lah. tak sah kalau makanan & biskut raya bagai tak penuh atas meja kan ?? sampaikan ada hidangan yg tak habis makan. tong sampah la destini terakhir. inikah yg kita panggil sbg 'nikmat' kemenangan setelah berpuasa sebulan ?? Alhamdulillah. misi bantuan kemanusiaan ke Somalia telah selamat sampai di Mogadishu. insan2 yg 'berpuasa' lebih dari sebulan berebut-rebut hendak menerima bantuan. si ayah berhimpit-himpit untuk mengambil makanan buat keluarga. si ibu sambil mengendong anak yg tidak sihat. orang tua yg bongkok tiga memegang sebatang kayu yg dijadikan tongkat,turut tidak ketinggalan. anak-anak kecil berlari berpusu-pusu. mereka lapar. mereka dahaga. kita di Malaysia. kita lapar. kita ada lemang. ketupat rendang. almond london bagai. biskut raya beratus-ratus jenis. biskut tradisi. moden semua ada. you named it you got it !. kita dahaga. bancuh Ribena. Kelasss ko jah ! air perisa buah. air bergas. semua kita mampu. kawan-kawan,kita jgn alpa. jgn lupa. jgn leka. nikmat yg kita rasa,kalau setakat nk makan sorang, bukan lah nikmat namanya. lebih elok dikongsi bersama. biar insan lain turut merasa. supaya kita sentiasa beringat. ada insan yg lebih menderita di luar sana. 1 Syawal. selain berita mengenai Ops Sikap, yg dinanti-nanti tentulah untuk melihat suasana sambutan Aidilfitri seluruh dunia. Rakyat Palestin. walaupun dlm keadaan politik yg mmg tak stabil dek kerana tertindas, masih khusyuk sujud ke hadrat ILAHI. menunaikan kewajipan tanpa gagal. Rakyat Somalia. berbulan-bulan menahan lapar & dahaga. aku dapat lihat wajah yg penuh kedutan. dalam sayup memuji TUHAN. walaupun sekian lamanya merasa kesengsaraan, mereka tabah menghadapi dugaan. Ramai lagi umat diluar sana pelumba-lumba ke rumah ALLAH di pagi Syawal meski di spot-check sebelum masuk ke kawasan masjid. Kawan-kawan. memang kalau nk diikutkan dari segi geografi, mereka semua nun jauh kat sana. tapi sebenarnya byk cara kita dpt membantu mereka. sekalipun dgn doa. kalau kita mampu, boleh salurkan bantuan. byk cara. nak 1000 daya. taknak sudah. *sayu rasa. hiba sungguh bila melihat episod Palestin : Bumi Para Anbia petang tadi. kawan-kawan. tak payah lah layan sgt rancangan berbentuk hiburan nyanyi-nyanyi bagai. tgklah rancangan yg lebih bermanfaat. Pilihan di tangan kita. Tekan je butang remote, ape susah. lets pray for the world. pray for the best. aminnn.. KASIH SAYANG ITU PENTING. Daokan umat Islam seluruh dunia sentiasa dlm lindungan-NYA.

ahlan wasahlan ya Ramadhan...


ari ni dAh msuk ramadhan yg pertama.... Marhaban Ya Shahru Ramadhan..Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!!!! Marilah kita semua merebut ganjaran yang begitu banyak di bulan yang mulia ini. Fahamilah erti puasa itu dengan sedalamnya..kerana bukan senang berpuasa dengan mengikut syariat yang sebenar. puasa bukan sahaja setakat menahan diri dari lapar dan dahaga. malah menahan diri dari segi semua aspek. minda, mata, mulut, tangan dan semua anggota badan kita pun perlu berpuasa. Kadang-kadang kita tak perasaan yang kita termengata orang dan sebagainya kan. so sempena bulan yang mulia ni, lebih baik berdiam, berzikir dan senyum je!!hehe.. semoga kita diberkati dan dirahmati..Ukhuah fillah'abadan abada.. selamat beramal!