kerajinan yang membara


lalallalaaaaaaaaaaa. shat smua?? hik...hikk...hik...... rsanya bru je ptg td post entry kn... bnyak lucu ma....(versi mei2 upin & ipin) huhhhhh!!! mlam ni ntah npa trasa rajin bngat msak mcm2... ayam msak kicap. mee hoon rojak specil. sup ayam. urmmmmm nikmatnya melantak...... kahkahhhhh...kahkkkahhhh..... tp btul la. bkan jga aku nk mninggi diri. or maeng'agunkan diri ni. cuma skadar insan biasa jga klau ikutkan dah ckup syarat dh ni utk jd menentu HJH ...... heheheheeee sbut je mau mkan apa sjam kmdian siap apa tk nya skrg ni kn moden just dhujung jari je. klik kt GOOGLE SEARCH SELASAI........ aku ni bkan sorg yg hipokrik psal mknan rajin bila2 msa saj tk kira ada org ke tk ke... klau stakat msak nk mnunjuk2 buat apa HAMPEEEEee la jwpannya hahahhaaa....hahhahaha!!! klau aku mlas pun ada sbab hurrrmmmm!! ya la klau tk ckup bhan aku jd tk rjin la.. apaerrr la tu je alasan yg buat aku mlas msak lg satu klau msak yg mncabar lg bgus tu lah aku klau msak yg smple ayuyoooooooo bkin semak dpur saja ahakssssss!!!!! temberang tul aku ni kn dah msuk kes ANGKAT BAKUL MSUK SENDIRI lala....lalalalalaa...lalalla tp tk slah kn mninggi diri dlam hal yg kta sndiri tau nuat kn...kn...kn betu..betul...betul aikk!!!!! suara sumbang pla ada hahhahaaaaa ok adios..dlam sjam lg aku updates lg ya.... tata..titi...tutu....

bila cinta berputik.... adakah ini jodoh ku ..??


"Tiada terfikir, Terlintas Engkau akan tiba, Membawa perangsang. Tiada terfikir, Terlintas, Engkaukan membuka, Sempadan perasaan. Bunga kembang bertali hati, Bunga kembang di puncak akli" Begitu indah cinta, membawa perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akan tetapi diluah melalui boneka jasad serta lirikan mata, lidah kelu diam seketika, jantung berdegup pantas tidak mencemaskan tetapi indah. Remaja pada awalan usia mereka merasakan diri mereka ingin dicintai dan ingin mencintai. Akhirnya mencari cinta. Cinta pada usia muda yang sering digelar cinta monyet. Tidak kurang pula ketika mereka melangkah ke menara gading. Mitos memaksa mereka mencari pasangan sebelum mendaki anak tangga pentas konvokesyen, kononnya, menara gading tempat mencari pasangan hidup yang akan hidup bersama mereka selepas graduasi. Akan tetapi, alangkah sedihnya cinta yang berputik dan berbunga-bunga akhirnya tewas, melebur membentuk luka yang pedih dan sakit. Sesak nafasnya! Lebih teruk kesannya jika apabila mereka sedar (meskipun tidak mengakui atau tidak menunjuk) bahawa perjalanan kisah cinta mereka telah pun melangkaui batasan agama, bersentuhan, berkucupan, berkhalwat dan terlanjur. Malu dan kesal serta sedih kerana diri telah menjadi tidak suci dan kotor, akan tetapi orang yang bersama-sama untuk berkongsi kotor dan jijik tidak lagi bersama. Risau pula jika perbuatan mereka dikhabarkan. Yang nyata dan pasti, kamu tidak terlepas dari pandangan Allah dan Allah mengetahui perbuatan kemungkaran kamu. Taubatlah! Jika kamu merasakan dia jodohmu, adakah dia mengajak kamu kepada kebaikan lebih banyak daripada membawa kamu kepada kemungkaran? Oleh sebab itu, saya ingin mengajak para adik-adik untuk berfikir sejenak apakah niat kita bercinta dan di mana kita mahukan ia berakhir? Terutamanya adik-adik yang bakal bergelar graduan. Ketika cinta kamu berputik pada si dia dan kamu sendiri mengakui di dalam hati kamu bahawa kamu ada rasa sayang pada dia, dan hati kamu punya rasa cinta padanya, renung seketika, di mana kamu ingin meletakkan cinta Allah yang jauh lebih hebat dari dia. Jika cinta Allah lebih kamu sayang, letaklah cinta Allah sebagai batasan pergaulan kamu. Apabila kisah cinta mula melorot dari satu episod ke satu episod yang lain. Renung kembali apa salahnya kamu pada Allah dan apa ajarannya telah kamu ikuti? Pada ketika itu, fikirlah adakah pernikahan yang kamu cari atau hanya suka-suka? Jika suka-suka, tiada cinta yang berharga dari kamu dan untuk kamu. Jika pernikahan yang kamu cari, maka tidak usahlah buang masa lagi. Dekatilah pernikahan kerana kamu perlu mencari keredhaan Allah. Bersama keredhaan Allah, langkah-langkah kamu menghampiri pernikahan sangat mudah jadinya. Kadang-kala di luar jangkaan kamu. Namun, jika dugaan yang datang, tabahkan hati tetapkan niat kamu untuk mencapai keimanan yang lebih baik melalui pernikahan. Kerapkan menunaikan solat sunat tahajjud dan istiqarah. Mohonlah ditunjukan jalan dan memastikan dialah jodoh kamu. Jika tidak diilhamkan bahawa dia adalah jodoh kamu, terima qada Allah, teruskan kehidupan dan persahabatan, serta carilah pasangan yang bakal menjawab istiqarah sebagai jodoh kamu. Jauhi dari hati yang makin berbunga dan berputik cinta walhal kita sebenarnya jauh dari jodoh. Itu hanya melukakan hati yang sangat lembut ini. Cinta sesama manusia tentu tidak setanding dengan cinta dari Allah S.W.T, tetapi, kerana cintakan Allah, kita mencintai manusia juga. Cinta berputik biar bertapis. Agar diberkati dan diredhai Allah S.W.T.

erti sebenar


ASSALAMUALAIKUMM.. Aku bertanya pada alam semesta tentang erti CINTA, lalu satu demi satu mereka menjawab… Bumi menjawab: “CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang dipijak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Cinta hanya memberi, dan itu sajalah keinginannya.” Air menjawab: “CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan Api menjawab: “CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.” Angin menjawab: “CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang kata, ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak kelihatan, tetapi tanpanya segala jiwa akan hampa.” Langit menjawab: “CINTA adalah keluasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu Matahari menjawab: “CINTA adalah hidup untuk memberi tenaga kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan jemu memberi sampai ia padam dan mati.” Pohon menjawab: “CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia ikhlas sehingga tak perlu dilihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar batang tetap kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah.” Gunung menjawab: “CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.” Akhir sekali, Aku bertanya pada CINTA itu sendiri: “Wahai CINTA, apakah sebenarnya erti dirimu?” CINTA menjawab: “CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meskipun engkau tidak melihatNya. Engkau tidak menciumNya atau merabaNya, tetapi engkau patuh kerana engkau merasa akan hadirNya. Sebab CINTA bukan indera, tetapi adalah rasa.” “CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Dia meninggalkanmu. Takut jika Dia tidak menyukaimu lagi. Hingga engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.” “CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan kepadaNya tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi hambaNya, yang engkau hidup untukNya dan mati untuk RedhaNya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai hamba.” “Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain kepadaNya. Engkau rindu akan hadirNya dan melihatNya. Engkau suka apa yang Dia sukai dan benci apa yang dia benci, engkau merasakan segala ada padaNya dan segala atas namaNya.” Aku bertanya lagi pada CINTA: “Dapatkah aku merasakannya?” Sambil berlaru CINTA menjawab: “Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia berikan, maka itu semua akan engkau rasakan, percayalah padaku….” Aku pun Berteriak, “Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta, terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…!”

sUka sNgat2 dengan lirik lagu ni


tiada duka yang abadi - opick. tiada duka yang abadi di dunia tiada sepi merantaimu selamanya malam kan berakhir hari kan berganti takdir hidup kan dijalani tangis dan tawa nyanyian yang mengiringi hati yang rindu tanda cinta dijalan-Nya namun ku percaya hati meyakini semua akan indah pada akhirnya chorus: andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang andai bisa perbaiki segala yang terjadi tapi waktu tak berhenti tapi detik tak kembali harap ampunkan hamba-Mu ini. waktu berputar rembulan dan matahari bunga yang mekar akan layu akan mati malam kan berakhir hari kan berganti takdir hidup kan dijalani