selamat hari jadi bUat mRs.B ku yaNg terciNta





HARI Ulangtahun Mrs.B datang menyapa lagi dengan membawa mesej usia ayah bertambah lagi!! SELAMAT HARI JADI AYAh….
Sempena Hari Ulangtahun mu, ibu ingin turut sama memanjatkan syukur kehadrat Illahi kerana telah memberi peluang utk ibu berada disisi ayah tika dan saat ini.
Terimakasih Allah, kerana telah memanjangkan usia ayah!
Terimakasih Allah, kerana telah menganugerahkan kesihatan yang baik buat ayah . Dapat ayah menjaga dan menjadi pelindung sayang lagi..
Terimakasih Allah, kerana telah menciptakan ayah utk ibu, menjadikan ayah teman hidup ibu, kalau boleh biarlah anugerah ini kekal bersama hingga ke akhirat kelak.
Doa dan harapan ibu,
Semoga dikurniakan Allah SWT kesihatan yg baik selalu, sebab kalau ayah sakit, siapa nak jaga ibu nanti...
Semoga ayah menjadi suami dan ayah yg lebih baik dari hari2 semalam agar mampu membimbing ibu dan anak2 kita nanti ke jalan yg lebih baik dan diredhai
Semoga ayah berjaya dengan karier dan cita2 ayah, sepertimana yang ayah impi2kan.
Semoga semua perkara yang baik2 akan banyak hadir melewati kalendar hidup ayah..
Semoga ayah sentiasa dilimpahi kegembiraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..
Semoga ayah sudi menjadi ‘imam’ kami sampai bila2 pun..
Justeru itu juga,
Izinkan ibu untuk menjadi sebahagian dari perkara penting dalam hidup ayah..
Izinkan ibu untuk menjadi udara yang menghembus keluar setiap kali ayah bernafas..
Izinkan ibu menjadi nadi pada setiap denyutan jantung ayah..
Izinkan ibu menjadi permaisuri diatas tahta dalam hati ayah..
Izinkan ibu menjadi mimpi2 paling indah dalam setiap lena ayah..
Izinkan ibu bertahta selamanya dalam tempat paling istimewa dalam hati ayah..
dan Akhir Kalam, Izinkan ibu berteduh diredup hati ayah sehingga ke akhirnya..!!!