mee kari


hai...ni ari cik nananz maU share menU ke 2 yg cik nananz slalU buat... [Image] tarrrraaaaaa.. ini la dia... mee kari.. pndai bUat pUn dlam 2 thun lalU kot.. tk brapa nk ngat dah... tgOk aUntie bUat lpas tU try2 bUat... jadi jga la... BAHAN 1: 1. mee basah 2. telur rebus 3. tauhu ( atau apa2 sja ) 4. taugeh BAHAN 2 ( KUAH ): 1. 5 ulas bawang merah 2. 3 ulas bawang putih 3. 5 biji kentang ( dipotong dadu ) 4. serbuk kari 5. ayam ( dipotong dadu) 6.santan ok dah sedia....selamat mencuba ya...

laksa penang


alopp peeps...keteMu lg dLam edisi " my mEnu "..why edisi ni?sbnya smUa meNu sni ni cik nananz dah pernah bUatmeNjadi..sedap lg...ada jga rQuest dr kwan nk mNta cik nananz ajarkn...sUre la cik nananz ajar...1st time cik nananz bUat dLu?ingat resipi dr kazen sja...last2 mjadi jUga...hehehehskrg ni dah canggih la...seArching je kt gOogle..kLik..dah kUar...ok jUm terjah menU kt bwah ni..hOpely u'allz bUat mjadi jga la... BAHAN 1: 1. mee laksa BAHAN 2 ( KUAH ): 1. 6 ulas bawang merah2. 4 ulas bawang putih3. cili kering4. santan5. ikan sardin dalam tin6. air asam7. bunga kantan dan daun kesum BAHAN 3 ( ULAM ): 1. timun 2. cili besar3. limau 4. telur5. boleh tambah ikut suka ok selamat mencuba ya....

tart nenas


Bahan 60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas.. boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau.. 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning Cara. 1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. JEM NENAS 1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu] kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo] Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar] Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..] Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat. Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu.. Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda.. kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu].. so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu.. aduhai panjangnye bab jem ni..

bahan-bahan: loyang 9 atau 10 inci 250 g tepung gandum (diayak) 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya) 250 g gula halus (dibahagi dua) 2-3 sb susu pekat manis 300 g mentega (pada suhu bilik) 260 g krim keju (pada suhu bilik) 260 ml krim putar / whip cream sedikit pandan emulco/pes pandan sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco) sedikit esen vanilla Cara-cara : Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.

puding kastard jagung


Bahan-bahan ( family ) • 1 paket agar2 bertali (30gm) • 7 cawan air • 1 1/2 cawan gula - bergantung,kalau xnk manis bleh kurangkan gula • 2 biji telur • 4 sudu kastard • 1 tin susu cair • 250 gm buttercup • SOS • 1/2 tin jagung • 1/2 tin susu cair • secubit garam • 1 s/b susu pekat manis Cara-cara 1. masak agar2 bersama gula dan air hingga cair.. 2. sementara menunggu agar2 cair, pukul kastard dgn telur sampai sebati dan xberketul,tapis dan ketepikan... 3. bila agar2 dah cair, masukkan susu cair dan buttercup, kacau hinnga buttercup cair,.. 4. setelah smua dah cair,perlahankan api dan masukkan kastard dan telur yg dipukul tadi, kacau hingga puding menjadi pekat sedikit... 5. kemudian tuang kedalam acuan,biarkan sjuk.... 6. SOS-campur smua bahan2 untuk buat sos dan masak sekejap di atas api sederhana besar hingga pekat sedikit...kemudian angkat dah tuang di atas puding...

tom yam


Bahan-bahan ( 3-4 org ) • 1 ekor ayam (dipotong kecil) • 6 biji bawang besar (dihiris bulat) • 4 biji bawang putih (ditumbuk kasar) • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar) • 5 batang serai (dititik) • 7 sudu besar pes tom yam • 4 helai daun limau purut • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya) • Air secukupnya • garam & perasa • sedikit minyak • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato) Cara-cara 1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang. 2. Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar). 3. Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau. 4. Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa. 5. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap. 6. Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api. 7. TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.