tart nenas


Bahan 60 gm butter 190 gm majerin 70 gm gula halus 1 biji kuning telur 1 s/k esen vanilla 350 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung Jem Nenas.. boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau.. 1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula 1/2 cawan air ] 1 cawan gula Bahan Glaze/pengilat 2 kuning telur 2 s/kecil air pewarna kuning Cara. 1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata. 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata. 3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan. 4. Gaulkan sehingga rata dan sebati. 5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan. 6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma. 7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan. 8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas. 9. Sapukan dengan bahan glaze tadi. 10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit. 11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. JEM NENAS 1 biji nenas muda [yg kulit hijau tu] kupaskan kulit dan buangkan mata...pastu racikkan semua nenas tu kecik sikit. [batang tengah pun pun amik..jangan buang..rugi wooo] Masukkan dalam blender..+ 1/2 cawan air..kisarkan [JANGAN TAPIS selepas kisar] Masukkan dalam kuali [kalu boleh gunakan non-stik wok/kuali..kalau tak der..p beli kat COSWAYker..kat GIANT ker..K4 KER..] Panaskan [masakkan] sehingga agak pekat. Masukkan 1/2 cawan gula..tambah 1 s/b gula kalau nak manis sikit tapi kak liza rasa dah okey dah tu.. Pastu kacaulah..jangan tinggal sebab dia akan hangus oleh kerana ada gula..tidak bubuh pewarna kuning..nanti jem tu lebam..dan juga apa asam limau sebab nenas tu amik airnya..dah cukup masam dah..original masam sebab nenas tu kan nenas muda.. kacau sehingga agak pekat dari jem nenas yg kita beli [dalam botol tu].. so bila nak gunakan masukkan dalam pelastik saiz 5' x 7' tu.. aduhai panjangnye bab jem ni..
Comments
0 Comments

0 ulasan: