cari jodoh ...


"pengumuman2 siapa yg mahu bantu aku tolong aku kasihani aku...tolong carikan diri ku kekasih hati ku siapa yg mahu..... perggghhhh!!!...apa sl lh aku ni..heheeee....sun title puN leh kasi cari my hubby ni kLau dia bca...ari ni dh msuk Ramadhan yg ke15...Alhamdulillah ke atas Ilahi cz bg ksmptan utk aku mrasa Ramadhan kali ini...hehehee....cm lyrik lgu je ni..huhuhuhuh..tp btul lh...jp je msa ni blalu kn???mcm tk pcya dh 15 ari kta puasa kn???hehhee..tp updtes aku kali ni bkan tntang puasa...tp tntang insan yg pling aku syang n ksihi...tk lain tk bkan dia lh my hero MR.ICIK..hehehehe Ramadhan kali ni sjuk skit ati sb tk mcam thun2 lalu....rngan kaki nya d Masjid btarawih n btadarus....tk pyah2 aku mnta dia p....hehhehe... lalu ati ku bdnyut mmikirkan mgenai dri ini...... cari lah org yg mampu mjadi seorang ayah yg baik kpd anak2 mu.... cari lah sorang suami yg boleh memimpin tngan mu mnuju ke Syurga... cari lah seorang yg boleh mnjadi imam mu... cari lah sorng yg boleh mjadi anak kpda bapa kndung mu... cari lah sorg yg boleh mjadi adk bradik kpda adk2 mu... serta cari lah sorang yg mampu mnyediakan Syurga buat mu..... heheee......tp ni lh pnduan utk ku...stkat ni Alhamdulillah...aku bsyukur sgat2...ya la....dpt btemu dgan dia......Love n Miss u My Beloved Ayang...

mustahilkah untuk berubah ..?


salam alaikk.. entry kali ini dipetik dari artikel iluvislam yang sangat memujuk hati..harap semua yang membaca pon boleh rasa perasaan yang sama.jangan takot untuk berubah.tayah pikiaq banyak-banyak..mulakan. BERUBAH??? Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil. Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah). Tiba-tiba terfikir satu persoalan. Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif? Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan? "Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37 "Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62 Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak. Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya? Pastinya yang lebih baik. Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan. Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia: "Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!" "Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya" Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya. Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri. Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini. "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2 Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu? Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya. Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu. Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah. Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur. "Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..."