kisah hAti yaNg 1




luka diluar nampak.
luka didalam tak nampak.
luka yang nampak kadangkadang mudah diubati.
luka yang tak nampak susah disehatkan.


kadangkadang kita tak sedar sikap kita menyakiti hati yang laen.
kadangkadang hati yang laen tak sedar yang hati yang satu ini sedang sakit.
kadangkadang jugak hati yang satu ini tidak mampu menahan kemarahan.
kadangkadang hati yang satu ini tak dapat mengawal segala tingkah laku.


hati yang mudah terguris bukan untuk dipersendakan.
hati yang terluka bukan mengadangada untuk menangis.
hati yang sensitif bukan sengaja di tangiskan.
bukan salah hati, tapi salah diri yang tidak kuat untuk cekalkan hati.


semua tahu kita tak sempurna.
tapi mereka hanya mahu yang sempurna.
kenapa?
mungkin hati mereka yang mahu kesempurnaan.
sempurnakan segala keinginan dihati.
semuanya soal hati.


jangan salahkan hati andai sebenarnya diri yang tak mampu mengawal.
bukan tidak mahu dikawal , tapi hasutan jahat datang dalam hati.
hati bukan untuk dipersalahkan.
maafkan aku andai hati yang satu ini telah mengguris hati yang laen.




hati tidak mampu berkatakata tapi dengan hatilah kita mula berkatakata,
maafkan aku andai diri tak sesempurna hati yang kau inginkan...

Comments
0 Comments

0 ulasan: