dOnt give up JDT



Masing-masing masih demam enam satu lagi, baik TRW mahupun JDT. Iya betul... JDT dah kalah itu pasti, tapi ingat... nasib TRW belum tentu lagi. Rancangan Allah baik sekali dan kami tidak pernah menyesali. 

Wahai penyokong TRW, berhentilah mengutuk mengeji mencaci. Apa yang kalian dapat, kerana sejak awal musim lagi kalian cukup benci dengan JDT? Apa sebenarnya salah kami? Budi bahasa budaya kita, rata-rata ada agama, tapi ayat tak pernah nak jaga.

Wahai penyokong JDT, bersabarlah... tetapkan jati diri. Jangan dibalas kata-kata mereka, kerana kita tiada kuasa. Kalau masih berbalas-balas juga, kita akan sama seperti mereka. Diamkan saja, tahun depan kita bangkit lagi dengan semangat baru yang lebih jitu.

Terima kasih TMJ kami kerana membawa arena bola sepak Malaysia ke mata dunia melalui experimentasi JDT. Mereka sudah nampak kita, tempiasnya kami rasa, di mana-mana saja mereka pasti memperkatakan curva kita. Kami sungguh pecaya TMJ akan memberikan sesuatu yang terbaik di musim depan nanti.

Untuk penyokong-penyokong tegar JDT berdiri bersama skuad BOS sejati, terima kasih segalanya. Sokongan yang diberi membakar semangat segenap jiwa anak jati JDT. Dari bayi kecil hingga veteren pencen, tak malu menggayakan jersi JDT tak kira mana mereka pergi. Lihatlah, di mana saja, walaupun kalah enam satu, tak pernah malu, bergaya penuh megah tak perlu goyah. Untuk semua warga, tetaplah menyokong negeri sendiri, tanah tumpah Johor Darul Tazim. Tapi......malang sekali bila anak jati turut sama-sama mengutuk mengeji. Bila menang bersorak tempiak, bila kalah mulalah berpaling tadah.

■■ Pengulas sukan yang membesar di Laken, sila jangan lebih sudu dari kuah ■■


Seterusnya....

Harapan kami.....agar pemain-pemain baru yang bakal dipilih memenuhkan skuad JDT musim depan nanti, bermainlah dengan sepenuh hati. Jangan goyah kerana penyokong JDT tetap memberi sokongan tanpa henti, walau kalah kami tetap menyanyi memberi semangat baru agar dapat bangkit kembali.

Harapan kami......agar pemilihan pemain yang baru nanti lebih banyak anak jati, yang bermain untuk negeri sendiri kerana semangat anak jati lain sekali. Sanggup bermati-matian kerana di dalam hati tertanam sifat jati diri.

Mohon kembali...
♥ Irfan Fazail - Harimau Muda ♥ 
♡ Fazli Sas - Harimau Muda ♡ 
♥ Norazlan Bakar - Selangor ♥
♡ Fandi Osman - Harimau Muda ♡
♥ Rizal Zamri Yahya - ATM ♥
♡ Idris Karim - Negeri Sembilan ♡

《Kami terguris》









《KAMI PASTI BANGKIT》

Al-Fatehah untuk Arwah Adam Farish b. Muhamad Al-Hafiz....
Comments
0 Comments

0 ulasan: